“Konten, Marketing, Prank? Orang Gila Je Buat Hal Ini Gurauan” – Zulin Aziz
Awal pagi tadi, perkongsian pelakon Zulin Aziz mengejutkan ramai apabila memuat naik posting seolah memberi bayangan rumah tangganya dengan suami, Farhan Norzaini sudah berakhir.
Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsiannya itu, malah ada yang mendakwa posting tersebut adalah gimik atau konten.
BACA: Setahun Kahwin, Zulin Aziz Beri Bayangan Bercerai?
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Insta Story, Zulin menafikan status tersebut adalah gimik dan perkara itu bukan boleh dibuat bergurau.
Zulin berkata dia hanya memerlukan doa yang baik-baik daripada orang ramai apatah lagi mentalnya sudah cukup koyak.
“Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa? Saya tak ada lagu nak keluar, tak ada produk nak lancarkan. Hal macam ini orang gila saja buat gurauan. Please stop!
“Saya mohon doa. Hanya Doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah. Saya berharap doa yang baik-baik itu berbalik dekat korang,” katanya.
Untuk rekod Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan pada 20 Februari 2022 dan aktres itu pernah mengalami keguguran anak pertama pada Ogos tahun lalu.
DAH LAH BODY BURUK MUKA BURUK DIA PUNYA BERLAGAK KALAH ORANG LAWA.
SEBAB TU KO TAK DE JOB MACAM SHERRY WALAUPUN SHERRY TU BADAN SELADANG TETAP ORANG AMIK DIA.
TAKYAH YE YE LAH KO TAK BAGUS PUN. MELUAT ORG NENGOK KALAU BURUK2 NI NAK BERLAGAK