Setahun Kahwin, Zulin Aziz Beri Bayangan Bercerai?
Perkongsian pelakon Zulin Aziz mengejutkan ramai apabila seolah memberi bayangan seolah rumah tangganya dengan suami, Farhan Norzaini sudah berakhir kerana tiada persefahaman.
Menerusi satu entri di Instagram sebentar tadi, Zulin turut memuat naik gambar perkahwinannya serta menulis mungkin sampai disini sahaja kisah mereka.
BACA: “Kalau Boleh Memang Nak Anak Terus Tapi Tak Ada Rezeki Lagi” – Zulin Aziz
Menurut Zulin lagi, dia berharap semoga semuanya baik-baik saja dimasa akan datang dan masa dapat mengubat segalanya.
“Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada bersefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InsyaAllah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” tulisnya.
Perkongsian Zulin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan perkara itu serta mengatakan pasangan itu sering memuat naik bersama-sama dan dilihat bahagia. Malah, ada netizen mengatakan beberapa hari lalu Zulin dan suaminya dilihat bersama dan tiada masalah.
Malah, ada yang berharap tidak menggunakan ayat-ayat seperti itu untuk konten semata-mata kerana perkara seperti ini tidak boleh dibuat main.
Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan pasangan itu baru saja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama baru-baru ini.
Kurus bkn jaminan bahagia. Kalau kurus syarat bahagia, sakinah tu terpaling bahagia. Apa2 pun, jgn meleret bercerita di soc med walau geram. Semoga ada pengakhiran baik buat semua.
Entah kenapa sy ikut sama bersedih dgn berita ni. Rasa sebak nak menangis, tapi air mata tak nak keluar pula.. sebab sy sikit sebanyak ikuti kisah Zulin yg terpaksa batalkan majlis pernikahan kerana pengantin lelaki tak muncul, kemudian bagaimana Farhan datang dlm hidupnya & kemudian nampak dia bahagia. & Tiba² timbul berita begini dlm perkahwinannya yg baru melepasi usia setahun.. Allahu..! Bertabahlah Zulin..! Kuatkan hati! Semoga Allah memberi sebaik²nya jalan penyelesaian.
Usia perkahwinan baru setahun tapi kesan mental dah koyak, mesti kes bukan baru sehari dua. Klu smlm kita nampak ss’orang ketawa riang, senyum hingga ke telinga, tiba² esok dia menangis hiba hingga tak kedengaran bunyi tangisan & bengkak² matanya; pastilah dlm tawanya yg smlm, dia sedang berusaha sembunyikan kepedihan hatinya..
Kdg2 yg over nk show off sweet, bahagia kesudahannya mkn diri sendiri. Jadi berpada2 laa…
Musim cerai berjemaah
Musim sondol menyondol pun berjemaah juga.