fbpx

Konsert Maher Zain Untuk Peminat Di Sarawak November Depan

Selepas mengadakan dua konsert khas di Kuala Lumpur tahun lalu, Maher Zain kini kembali.

Kali ini Maher Zain, nama besar di Malaysia akan mengadakan konsert menghiburkan para peminat di Kuching, Sarawak.

Konsert ini bakal di’anjurkan oleh Marctensia Concerts dan nama rasmi untuk konsert ini telah di’tetapkan — Maher Zain Live In Sarawak.

Konsert Maher Zain ini akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November 2011 jam 8 malam.

Peminat boleh mula mendapatkan tiket bermula 19 September sehingga 2 Oktober dan sepanjang tempoh tersebut peminat menerima 10% diskaun jika membeli melalui Ticket Charge atau menghubungi 03-92228811.

Jadi kepada peminat Maher Zain di Sarawak, Sabah, Brunei & kepulauan Borneo, jangan ketinggalan untuk menyaksikan konsert sulung Maher Zain di Kuching, Sarawak nanti. via Budiey