fbpx

Konsert Jelajah Alicia Keys Singgah Di Kuala Lumpur Pada 27 November Ini

Pemenang 14 kali anugerah Grammy ini bakal turun ke Malaysia untuk mengadakan konsert sekali lagi di Kuala Lumpur yang menjadi salah satu destinasi konsert jelajah Set The World On Fire beliau yang laris di Eropah & Amerika Syarikat.

Alicia Keys di’jadualkan mengadakan konsert beliau di Kuala Lumpur pada 27 November 2013 ini & penampilan kedua beliau di sini akan mengambil tempat di Stadium Putra Bukit Jalil.

Penyanyi ini akan di’temani band penuh termasuk suara latar & penari beliau. Persembahan yang akan berlangsung selama 90 minit itu akan mengandungi barisan lagu popular beliau seperti Girl On Fire, If I Ain’t Got You, No One, Fallin’ dan banyak lagi.

Kali terakhir Alicia Keys beraksi di sini adalah pada tahun 2004. Konsert jelajah Set The World On Fire ini di’bawakan oleh BlackBerry secara global, di’bawakan bersama oleh Celcom First.

Tiket ke konsert Alicia Keys ini akan mula di’jual pada 12 September 2013 (Khamis) dan boleh di’dapati di semua pengedar rasmi Ticket Pro atau melalui telefon 03-7880 7999. Jualan secara online akan bermula tengah malam 11 September 2013 melalui www.ticketpro.com.my.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan konsert Alicia Keys ini di www.prworldwidelive.com.