fbpx

Rindukan konsert Hot FM Big Jam? Selepas hilang sebentar dari jadual hiburan Malaysia pada tahun lalu, tahun 2012 menjanjikan konsert yang lebih meriah berbanding tahun tahun lalu.

Dalam sidang media yang berlangsung petang tadi, Hot FM mengumumkan barisan artis yang akan memeriahkan konsert Hot FM Big Jam yang kali ini akan ke sebelah timur semenanjung Malaysia.

Konsert yang akan terbahagi kepada dua ini akan di’adakan pada 10 Mac 2012 di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu — bersempena dengan pengenalan Hot FM Klate & Hot FM T’ganu. 

Untuk bahagian pertama konsert yang akan berlangsung dari jam 4.30 petang sehingga 6.30 petang, pentas Hot FM Big Jam akan di’gegarkan dengan Alyah, Sofazr, Elly (AXL’s), Zamani (Slam), Amir (Ukays) dan Najwa Latif.

Pada sebelah malam’nya, Nidji sebagai artis luar undangan akan mengambil alih pentas bersama sama Ella, Spider, Black (Mentor) & XPDC dan konsert bakal bermula pada 9.30 malam & bersiaran langsung melalui Hot FM.