fbpx

Aliff Syukri Luah Rasa Bosan Hidup Tanpa Sajat

Umum mengetahui, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini sudah pun berhijrah di Australia meneruskan kehidupan barunya di sana.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik perkongsian menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya itu.

BACA: Sajat Sedih Sambut Hari Jadi Tanpa Anak-Anak

Menerusi entri itu juga, Aliff turut meluahkan rasa bosan apabila ketiadaan Sajat serta mendoakan agar sahabatnya bahagia dunia dan akhirat.

Aliff turut berkata dia mengetahui kesusahan dan kesenangan Sajat serta berharap sahabatnya itu tabah menghadapi dugaan.

“Selamat Hari Jadi kepada kawan baik,bekas jiran yg sekrg di Australia Sajat. Bosan rasanya apabila ko tak ada di sini. Apa pun yang terjadi aku sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat.

“All the best.. Dan semoga success walaupun di mana anda berada. Smua citer ko susah dan senang aku tahu. Dan aku harap kau tabah menghadapinya,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan sebagai sahabat Aliff sepatutnya memberikan nasihat dan teguran kepada Sajat untuk kembali ke pangkal jalan.

Baru-baru ini, Sajat memaklumkan bahawa dia sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia. Sajat berkata dia meraskan seperti dilahirkan semula dan gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu mudah dilakukan.