fbpx

Kongsi Rezeki, Neelofa Beri Susu Durian Percuma Kepada Orang Ramai

Meskipun sedang berpantang, selebriti terkenal Neelofa berkongsikan rezeki dengan memberikan susu durian secara percuma kepada orang ramai.

Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram @nilofagroup. Menurut Neelofa, ini adalah kempen terbesar dalam sejarah Nilofa memberikan susu kepada orang ramai secara percuma.

BACA: Buka Akaun TikTok, Ibu Neelofa Tak Sangka Berjuta Tengok Video

Pemberian susu durian sudah bermula sejak 2 Mac lalu pada jam 10 pagi hingga 4 petang dan akan berakhir pada hujung bulan ini.

Neelofa turut meningatkan kepada sesiapa yang hadir untuk membawa tenaga yang mencukupi serta kenderaan yang boleh memuatkan jumlah susu yang dimahukan.

 

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Insta Story sebentar tadi, pengambila susu durian percuma ditunda sementara waktu atas sebab yang tidak dapat dilelakkan.

Kata Neelofa lagi, pihaknya akan mengumumkan tarikh dan tempat baru untuk pemberian percuma susu berkenaan secepat mungkin.