fbpx

Buka Akaun TikTok, Ibu Neelofa Tak Sangka Berjuta Tengok Video

Kini mempunyai akaun TikTok, ibu selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkata dia membuka platform media sosial itu sebagai langkah memajukan lagi jenama perniagaannya.

Menurut Kartini, aplikasi interaksi dan hiburan itu baginya turut mempunyai kepentingan terutama bagi seorang usahawan seperti dirinya seiring dengan perkembangan zaman.

BACA: “Keluarga Terdekat Pun Tiada Gambar Bilal, Mereka Minta Pun Kami Tak Bagi”

“Kalau dahulu, saya yang dah lama dalam bidang perniagaan ini pernah dengar ramai yang terarah pada platform media sosial Facebook untuk mempromosikan perniagaan mereka.Tapi, sampai ke hari ini, saya tak pandai sangat pun guna akaun Facebook itu.

“BIla dengar TikTok pula, saya rasa mengapa tidak cuba. Tak nak juga jadi orang yang lambat. Nak cepat-cepat cuba untuk tengok keberkesanannya dalam aspek perniagaan,” katanya.

Kartini berkata dia tidak menyangka percubaannya menggunakan platform berkenaan mampu menarik ramai pengikut sehingga videonya mendapat berjuta tontonan.

“Tak pernah jangka juga ya, sampai berjuta-juta orang tengok satu video yang kita muat naik,”katanya.

Ditanya sama ada dia perlu membuat gimik berbeza atau kelihatan tidak cerdik untuk meraih perhatian ramai, Kartini menolak untuk melakukan perkara sedemikian.

“Lebih baik kita manfaat pada jalan yang baik, untuk berniaga misalnya. Tak perlu berjogetlah! Lagipun saya tahu, nanti akan dikecam orang pula.

“Tapi kalau cakap pasal kecam, benda begitu tak boleh lari, sekali pun kalau apa yang kita lakukan itu tidaklah melampaui batas. Terpulanglah orang nak cakap apa, yang penting nawaitu kita itu apa,” katanya.

Setakat ini, akaun TikTok Kartini mempunyai seramai 68,300 pengikut dan memiliki 82 buah video yang dimuat naik.