Baru-baru ini, penyanyi Tom berkongsikan pengalamannya pernah hilang berhari-hari dipercayai disorok ‘bunian’ ketika dia masih kecil dan ianya berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.
Bagaimanapun, ada netizen menyangkakan kejadian itu berlaku baru-baru ini sehingga penyanyi itu dikecam netizen susulan tajuk yang dikeluarkan oleh portal berita.
BACA: Fuad Rahman Teruja Tengok Baby Bump Tom
Menurut Tom lagi, dia menyesal berkongsikan cerita lama itu sehingga ada yang mendakwanya ‘hisap gam’ serta mengatakan tidak akan kongsikan apa-apa lagi selepas ini.
“Menyesal aku up story lama. Habis segala wartawan, blogger buat story tajuk. Tajuk pulak tak clear. Last-last aku kena kutuk dengan netizen.
“Masing-masing baca tajuk ingat aku hilang baru-baru ini feeling kena sorok bunian. Free-free orang ingat aku isap gam. Sumpah menyesal up story. Pasni tak nak cakap apa-apa dah. Merajuk,” katanya.
Sebelum ini, Tom berkongsikan pengalamannya itu serta menggambarkan perkampungan bunian berkenaan.