fbpx

Fuad Rahman Teruja Tengok Baby Bump Tom 

Umum mengetahui, penyanyi Tom kini sedang hamil anak sulungnya bersama penyanyi Fuad Rahman. Baru-baru ini Tom ada berkongsikan video penampilan terkininya.

Menerusi video di Instagram itu, Fuad gembira apabila melihat baby bump isterinya. Fuad berkata baby bump isterinya sudah mula kelihatan.

BACA: Merokok Sejak Usia 16 Tahun, Tom Buang Tabiat Sebab Alahan Hamil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by King Tom (@raja_king_tom)

Turut kedengaran, Tom berkata dia tidak sangka ‘baby bumpnya’ sudah mula kelihatan meskipun usia kandungan masih awal.

Sebelum ini, Tom berkata akhirnya dia dapat menghentikan tabiat merokok selepas berdepan alahan teruk sepanjang kehamilannya kali ini. Tom berkata meskipun berdepan alahan teruk namun ia memberi kebaikan apabila dia dapat berhenti merokok.

Terdahulu, Tom mendirikan rumah tangga dengan Fuad Rahman sebuah majlis tertutup pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.