fbpx

Kongsi Gambar Tutup Pusat, Norreen Iman Diperli Netizen

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Norreen Iman apabila personaliti media sosial dan pelakon itu memuat naik gambarnya memakai baju hitam menampakkan bahagian pusatnya.

Foto dikongsikannya itu dikecam dan dikritik oleh netizen apatah lagi pelakon itu tampil berani menggayakan baju tersebut. Malah, ada segelintir memuji keberanian dan tahap keyakinan Norreen berpakaian sedemikian.

BACA: Pakai Baju Nampak Pusat, Norreen Iman Dikecam Netizen

Terbaru, Norreen dilihat ada memuat naik gambar yang menggayakan pakaian seakan sama dengan sebelum ini. Namun kali ini tidak menampakkan bahagian pusatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Diruangan komen, rata-rata netizen memerli pelakon itu apatah lagi kali ini dia menutup bahagian pusatnya dan hanya nampak sebahagian perutnya sahaja. 

Kata netizen, selepas dikecam barulah reti untuk menutup bahagian pusat. Malah, netizen turut memuji Norreen telah menutup bahagian pusatnya berbanding dengan foto sebelum ini.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mendoakan agar ibu kepada kepada dua cahaya mata itu tampil dengan menutup aurat selepas ini serta kearah lebih baik.