fbpx

Pakai Baju Nampak Pusat, Norreen Iman Dikecam Netizen

Sebut saja nama Norreen Iman, personaliti media sosial itu kini semakin meningkat naik apabila sudah bergelar pelakon. Malah, wajahnya sering dilihat di kaca televisyen menerusi drama-drama.

Baru-baru ini, perkongsian Norreen menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya memakai baju hitam namun menampakkan bahagian pusatnya.

BACA: Norreen Kongsi Foto Mesra, Luah Rasa Cinta Pada Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Menerusi entri itu, Norreen turut menulis kapsyen bertanyakan kepada suaminya Razzi Razak mengenai kecolemannya. 

Perkongsian Norreen itu mendapat pelbagai reaksi daripada entizen termasuk rakan artis yang memuji kecomelan pelakon itu. Malah, ada segelintir memuji keberanian dan tahap keyakinan Norreen berpakaian sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang mengecam pelakon tersebut serta memberikan teguran mengenai cara pemakaiannya itu. Malah, ada netizen yang meluahkan rasa kasihan pada suami pelakon itu serta mendoakan agar pelakon itu diberikan hidayah.