Perkongsian pempengaruh media sosial yang juga bekas isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi perhatian ramai.
Menerusi hantaran di Insta Story, Ira diihat ada memuat naik gambar mesra bersama seorang jejaka kacak dikenali sebagai Sirac Kaya.
BACA: Ira Kazar Akui Bukan Mudah Bangkit Lepas Bercerai
Hasil pemerhatian, jejaka tersebut dipercayai berasal dari Turkiye berdasarkan gambar bendera negara tersebut pada profil Instagram miliknya.
Terdahulu, Ira mengakui bukan mudah untuk bangkit selepas berdepan perceraian pada tahun lalu. Katanya lagi, dia mengambil masa untuk bangkit dan memilih untuk tidak bersedih terlalu lama.
SUMBER: Xtra