Ira Kazar Akui Bukan Mudah Bangkit Lepas Bercerai

Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui bukan mudah untuk bangkit selepas berdepan perceraian pada tahun lalu.

Menerusi satu temu bual yang tular di TikTok, Ira berkata dia mengambil masa untuk bangkit dan memilih untuk tidak bersedih terlalu lama.

BACA: “Apa Yang Berlaku Banyak Sangat Pengajaran” – Ira Kazar Banyak Muhasabah Diri

@nuefera

Pengalaman lalu membuatkan Ira lebih matang dan menjadi lebih baik dari sebelum ini. #irakazar #nuefera

? original sound – Nuefera – Nuefera

“Nak memandang ke depan dan ‘move on’ bukan mudah. Saya ambil masa untuk membina kembali keyakinan diri.

“Sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Kalau memilih untuk bersedih atau kemurungan lama-lama, kita akan sentiasa berada di situ,” katanya.

Sementara itu, Ira berkata apa yang dilalui olehnya banyak memberi pengajaran dan tiada siapa yang boleh tolong untuk bangkit melainkan diri sendiri.

“Tiada siapa yang boleh tolong saya melainkan diri sendiri. Jadi, saya kena paksa diri untuk keluar dari kepompong negatif. Namun, orang sekeliling memainkan peranan, mereka banyak bagi kata-kata semangat dan doa yang baik.

“Cuma, apa yang saya lalui banyak memberikan pengajaran. Apa yang saya tak boleh buat dahulu sekarang sudah boleh lakukannya. Nampaklah macam-macam cabang saya boleh pergi,” katanya.

Terdahulu, Ira berkahwin dengan Syamsul pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand namun sah bercerai pada 5 September tahun lalu apabila mahkamh sahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz Syamsul terhadap Ira.

×