fbpx

Zizan Razak Puji Vokal Aliff Syukri Setaraf Penyanyi Barat

Lagu rayanya berjudul Lala Raya kini trending nombor satu di dan mencecah 1 juta tontonan di YouTube, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dan teruja.

Aliff berkata meskipun dia perlu bersaing dengan beberapa penyanyi hebat lain, dia tidak menyangka lagunya itu mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.

BACA: Lagu Raya Aliff Syukri Trending Nombor 1 Di YouTube

Berkongsikan kejayaannya itu di Instagram, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu. Malah, pelakon dan pelawak Zizan Razak turut mengakui Aliff mempunyai bakat besar sebagai penyanyi.

Zizan berkata vokal Aliff kini setanding penyanyi barat dan tertanya usahawan itu kini penyanyi nombor satu negara.

“Ternyata Dato penyanyi nombor satu negara. Trending no 1 lagi. Vokal Dato memang ala-ala penyanyi barat. Harap Dato dapat buat persembahan di Grammy Award lepas ni,” tulisnya.

Lagu Lala Raya itu adalah hasil ciptaan Amy Ukays bersama isteri Aliff iaitu Datin Nur Shahida. Lagu itu kini menerima lebih 1.3 juta tontonan sejak dimuat naik pada 4 Mei lalu.