Pada ketika ini Nelydia Senrose sedang berbahagia bercuti luar negara, tapi selain itu hati Nelydia juga seolah turut ‘berbahagia’ apabila memuat naik gambar sebentuk cincin di jarinya semalam di laman Twitter.

BACA: Nelydia Senrose Terima Jika Jodoh Jutawan Muda



Perkongsian Nelydia itu sedikit sebanyak mencetuskan spekulasi dikalangan peminat yang menyangka pelakon kesayangan mereka itu bakal berkahwin. Malah laman Twitternya juga turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat.

Selain berkongsi foto cincin di jari manisnya, beberapa gambar perkongsian Nelydia di Instagram juga menunjukkan beliau sangat gembira dan bahagia pada ketika ini melalui kepsyen-kepsyen sweet dan romantis.



Terdahulu ada gosip bertebaran mengenai hubungan Nelydia dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.H. Pun begitu Nelydia tidak bersembunyi di sebalik hubungan itu, beliau tidak menolak andai ada jodoh berdua.

Kalau benar perkhabaran ini, tahniah diucapkan kepada Nelydia yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman bujangnya. Kecewa habislah jejaka-jejaka diluar sana tu membaca berita ini kan! (rtky/w)