fbpx

Nelydia Senrose Terima Jika Jodoh Jutawan Muda

Baru-baru ini tersebar gambar mesra diantara Nelydia Senrose dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr H. Mengakui sedang berkawan rapat, Nelydia menjelaskan hubungan mereka kini masih di peringkat perkenalan.

BACA: Jutawan Muda Kekasih Baru Nelydia Senrose?

“Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih. Cuma saya mohon doakan jodoh terbaik untuk saya. Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya nak akhiri zaman bujang”

“Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali,” jelasnya kepada Harian metro mengenai dakwaan beliau bercinta dengan seornag jutawan muda.

Tambah Nelydia, beliau mula berkawan dengan Jejaka yang juga seorang ahli perniagaan berjaya itu beberapa bulan yang lalu. Buat masa ini, Nelydia tidak menolak andai jodoh ditakdirkan dengan jutawan muda itu.

Sebelum ini sekeping gambar menunjukkan Nelydia berpelukkan dengan jejaka berkenaan, disamping tangannya di dada jejaka tersebut tersebar. Ramai mendakwa jejaka tersebut merupakan kekasih hati baru Nelydia. (rtky/w)