fbpx

Kongsi Gambar Bulan Madu, Suami Beruban Dikata Macam Anak & Bapa

Selamat diijabkabulkan minggu lalu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar kini sedang menikmati bulan madu mereka di Langkawi. Malah, Mira juga tidak lokek berkongsikan momen romanstis mereka di Instagram untuk tatapan peminat.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila ramai yang terkejut melihat gambar Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih.

BACA: “Walau Syurga Bawah Tapak Kaki Suami Lepas Kahwin, Ibu Tetap Kena Jaga”

Apa yang tidak sedapnya apabila ada yang mengata rambut suami kepada bintang popular itu sudah beruban dan apabila pasangan itu bergambar bersama seperti anak dan bapa.

Meskipun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa.  Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengutuk sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.

Kata netizen lagi, jangan menghina seseorang daripada paras rupa dan usia kerana apa yang paling penting adalah seseorang lelaki itu boleh membimbing dan menjaga Mira Filzah.