fbpx

Kongsi Foto Terbaru, Elfira Loy Dituduh Ubah Wajah?

Pembedahan kosmetik sememangnya tidak asing lagi di kalangan selebriti. Namun, hanya segelintir sahaja yang akan mengaku melakukan prosuder tersebut dan selebihnya akan mengatakan cantik semulajadi sejak dari kecil.

Baru-baru ini foto terbaru yang dimuat naik Elfira Loy  di laman Twitter menjadi bualan hangat apabila ada yang mendakwa pelakon mengubah wajah. Netizen mendakwa dahulunya wajah pelakon itu bulat namun kini sudah runcing.

BACA: Elfira Loy Gembira Setahun Bergelar Ibu

 

Malah ada yang mendakwa Elfira mengubah bibir menjadi lebih tebal dan mungil. Namun, netizen mengatakan mungkin berat badan Elfira sudah berkurang ataupun bibirnya kelihatan mungil kerana teknik solekan.

Malah, ada netizen memuat naik gambar Elfira terdahulu untuk bandingkan dengan gambar sekarang yang dilihat berbeza. Apa pun itu hanya spekulasi netizen sahaja dan mungkin ia hanya teknik solekan sahaja.