Usia anak sulungnya Muhamad Rayyan Khalaf bakal memasuki setahun pada bulan hadapan, pelakon Elfira Loy berkongsikan perasaan gembira dengan peminatnya menerusi Instagram.
Elfira berkata dia merasakan waktu dan perjalanannya mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu berlalu dengan begitu cepat sekali dan seakan tidak percaya sudah tahun juga dia bergelar ibu.
BACA: Foto Hitam Putih & Kapsyen Sedih, Elfira Loy Cetus Kerisauan Peminat
“Percaya tak Muhamad Rayyan Khalaf dah setahun bulan depan? Sekejap je masa berlalu dah setahun jadi mak. Rasa macam semalam baru belajar nak sendawakan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je,” kongsinya.
Dalam pada itu, Elfira turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anaknya itu kerana memudahkan urusannya sebagai seorang ibu dan tidak sabar untuk menempuh hari mendatang bersama.
“Terima kasih kerana membuatkan perjalanan saya sebagai ibu begitu mudah dan menarik.
“Tak sabar rasanya untuk menerokai lebih banyak perkara dengan awak, till Jannah also okay my Khalaf,” tulisnya lagi.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Ryan Khalaf dilahirkan pada 1 Oktober 2019.