fbpx

Kongsi Foto Mesra, Intan Najuwa Dah Berbaik Dengan Bekas Tunang?

Hangat diperkatakan apabila Intan Najuwa dilihat memuat naik foto mesra bersama dengan seorang lelaki di akaun Instagram miliknya. Meskipun foto yang dikongsikan hanya separuh, namun netizen yakin bahawa lelaki itu adalah bekas tunangnya.

Walaupun tiada kapsyen yang dikongsikan, namun netizen seakan-akan dapat menghidu bahawa pasangan itu sudah pun berbaik semula dan mendoakan semoga jodoh mereka berpanjangan.

BACA: Intan Najuwa Sahkan Sudah Putus Tunang

Seperti sudah dijangka, pasti akan ada komen negatif daripada netizen yang menuduh Intan berbaik semula dengan bekas tunang kerana berdepan masalah kewangan susulan COVID-19.

Terdahulu, Intan dan Razrul Anwar Rusli yang merupakan seorang ahli perniagaan sudah pun putus tunang pada Februari lalu selepas hampir 10 bulan mengikat tali pertunangan.

Intan mendedahkan mereka berpisah selepas perbincangan dibuat antara kedua dua belah pihak dan menganggap tiada jodoh antara mereka selain tiada persefahaman sebagai salah satu punca.