Selepas sekian lama berteka teki tentang status hubungan pasangan ini, akhirnya Intan Najuwa membuka mulut mengakui yang ikatan pertunangan beliau bersama ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli sudah terlerai.

Intan Najuwa mendedahkan yang mereka berpisah selepas perbincangan dibuat antara kedua dua belah pihak dan menganggap tiada jodoh antara mereka selain tiada persefahaman sebagai salah satu punca.


BACA: Intan Najuwa Berang Foto Posing Ketika Tunai Umrah Dipersoal

“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman. Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.

“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,” ujar Intan Najuwa kepada mStar Online hari ini.

Intan Najuwa sebelum ini pernah terpalit kontroversi melibatkan rakan pelakon Zul Ariffin yang mengundang kecaman ramai pihak dan kurang senang di kalangan peminatnya.

“Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya,” tambahnya lagi. (rtky/m)