fbpx

Kongsi Foto Bersama, Ikhlas Jalil Akui Dah Lama Minat Zulin Aziz

Tindakan pelakon Ikhlas Jalil memuat naik foto bersama Zulin Aziz di Instagram sekaligus menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang tertanya-tanya status hubungan mereka.

Ikhlas menjelaskan mereka berdua tiada sebarang hubungan istimewa dan sudah lama kenal namun  mula rapat sejak Ramadan lalu. Ikhlas mengakui berkata dia sudah lama meminati Zulin namun sebagai seorang artis.

BACA: “Jangan Bersedih, Hitam Pun Boleh Putih, Gemuk Boleh Kurus”

“Kami kawan-kawan sahaja dan saya pun dah lama kenal cuma semakin rapat bermula Ramadan lalu. Saya memang dah lama minat dia, maksud saya minat bakat dia serta keunikan dia.

“Baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama, kalau betul bercinta saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?” katanya kepada mStar Online.

Susulan tindakannya memuat naik beberapa keping foto bersama Zulin rata-rata netizen mendoakan supaya mereka menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

Dalam pada itu, Ikhlas berkata dia lebih selesa meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan daripada Allah. Namun, dia mengakui sehingga kini masih tidak bertemu jodoh dan belum jumpa calon yang sesuai untuk dijadikan isteri.

“Kalau orang doakan benda baik, tak salah kita aminkan sahaja. Tapi buat masa ini jodoh itu masih belum jumpa. Jadi sekarang ini saya follow the flow sahajalah,” katanya.