fbpx

“Jangan Bersedih, Hitam Pun Boleh Putih, Gemuk Boleh Kurus”

Ramai yang terkejut melihat penampilan terbaru Zulin Aziz yang semakin langsing. Bertahun berusaha, gagal dan akhirnya berjaya bangkit kembali, Zulin berkata ianya tidak mustahil jika kita buang sikap malas.

Berkongsikan pengalamannya serta memberi motivasi kepada mereka diluar sana, Zulin berkata apa yang paling penting adalah kena mencintai diri sendiri, berazam untuk berubah serta jangan mempedulikan apa yang orang kata tentang diri kita.

BACA: Tak Sentuh Nasi Sejak Tahun Lalu, Zulin Aziz Makin Ramping

Zulin berkata dia pernah diketawakan orang dan kecewa namun dia tetap terus berusaha tanpa rasa jemu. Malah, dia pernah diejek berwajah ‘makcik’ biarpun baru berusia 20-an ketika itu.

Sayang akan dirinya, Zulin memberitahu pelbagai usaha telah dilakukan agar dia kelihatan lebih bagus pada masa kini kerana dia tahu sakitnya ketika berada di zaman silam apabila diejek dan diketawakan dek kerana bentuk fizikalnya.

Dalam pada itu, Zulin berkongsikan berat badannya kini sudah mencecah 58 kilogram dan berazam mahu turunkan lagi sehingga mencapai 50 kilogram. Kongsi Zulin, dia melakukan senaman 20 peratus dan selebihnya menjaga pemakanan.

“Kalau kira sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berat saya 70 kilogam dan sekarang sudah 58 kilogram. Saya nak turun lagi menjadi 50 kilogram. Sebab dalam TV masih nampak besar sedikit.

“Tengok depan memang kurus dan orang cakap tak perlu turunkan berat lagi. Cuma disebabkan kerjaya saya banyak di hadapan, jadi saya perlu usaha lagi. Apa saya buat adalah bersenam 20 peratus dan selebihnya menjaga pemakanan,” katanya.