fbpx

Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Aidil Aziz dan pelakon itu turut berkongsi tarikh lahir dengan bekas suami Fasha Sandha iaitu Rizal Ashram atau Jejai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha turut mengucapkan selamat hari lahir buat bekas suaminya itu serta menitipkan doa agar Jejai cepat bertemu jodoh.

BACA: Belum Tutup ‘Kilang’, Fasha Sandha Rancang Hamil Tahun Depan

Fasha turut mengucapkan terima kasih buat bekas suaminya itu kerana memberi keizinan buat anak-anak mereka untuk meraikan hari lahir Aidil semalam.

Terdahulu, Fasha dan Jejai pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Jemyma.