fbpx

Belum Tutup ‘Kilang’, Fasha Sandha Rancang Hamil Tahun Depan

Pelakon Fasha Sandha berkata dia belum lagi tutup ‘kilang’ dan merancang untuk menambah cahaya mata lagi tahun depan jika diberikan rezeki.

Memetik mStar Online, Fasha berkata dia dan Aidil mahu menimang cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai dua anak perempuan.

BACA: Pakai Baju RM15, Fasha Sandha Tak Kisah Asalkan Cantik

“Insya Allah tahun depan saya nak tambah anak lagi. Kalau ada rezeki nak anak lelaki sebab kami dah ada sepasang, jadi nak ada satu pasang lagi. Aidil pun memang nak bayi lelaki,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata suaminya mahukan cahaya mata tahun ini namun terpaksa menangguhkan hasrat untuk hamil kerana ada penggambaran drama perlu diselesaikan. 

Malah, Fasha memberitahu dia terbuka untuk melakukan kaedah persenyawaan in vitro (IVF) atau inta uterine insenimation (IUI) jika tidak dapat hamil  secara semula jagi,

“Aidil kalau boleh nak tahun ini tapi sebab komitmen terhadap kerja kami tangguh hasrat itu ke tahun depan,” katanya.

Untuk rekod, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Aisha Amaira kini berusia tiga tahun.