Kongsi Adab Masuk Rumah Baru, Black Bukan Nak Tunjuk Kaya
Baru-baru ini, penyanyi Black Hanifah ada memuat naik video di Instagram berkongsikan adab sebelum masuk ke rumah baru dengan membacakan ayat Kursi.
Menurut Black, perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk tetapi sebaliknya apa yang perlu dilihat oleh netizen adalah dia boleh mengaji dengan baik.
BACA: Kereta Dipandu Pekerja Kemalangan, Black Rugi RM8,000
“Bila berkongsi bukanlah bermakna saya nak menunjuk yang saya ada banyak aset. Contohnya, bila masuk rumah baharu kenalah mengaji.
“Itu satu contoh untuk orang lain yang nak masuk rumah baharu agar ikut cara ini. Kalau nak menunjuk, dari awal beli dan dapat kunci saya dah buat,” katanya.
Menurut Black, rumah tersebut sudah dibelinya sejak tiga tahun lalu namun tidak diduduki kerana dia mempunyai rumah yang lain. Katanya, rumah lot tepi yang terletak di sebuah kawasan perumahan di Selangor itu hanya digunakan untuk meletakkan kereta dan motosikal miliknya.
Dalam pada itu, Black turut meluahkan rasa syukur dapat membina tiga chalet untuk disewa di kampungnya di Kupang, Baling serta banglo mini untuk bapanya.
“Sebiji chalet dah ada orang sewa secara tahunan selama setahun. Malah ayah saya yang bantukan uruskan semuanya di sana. Ada lagi tanah suku ekar milik saya dan bercadang untuk bina empat buah rumah sewa demi membina sumber pendapatan di masa depan,” katanya.
Kata Black lagi, dia sudah mempunyai perancangan untuk membina empat buah rumah sewa untuk sumber pendapatan masa depan.
- SUMBER
- Harian Metro
bagus pk mase depan.. alhamdullillah.. bgus black.. tu dia tahu erti kesusahn… bile ade duit buat aset..
boleh jadi motivasi untuk orang lain
Jangan nk kondem..fikir ke arah yg baik..bukan jeles je memanjang..
Sangka baik. Berdosa asyik ingat orang jealous. Duit dlm account ko baru 50K orang yang simpan 100K diam diam ja. Tapi sebab kau sejenis show off. Kau perasan kau kaya drp yang ada 100K tu. Lepas tu ingat semua orang cemburukan kau yg tak seberapa. Kesian.
Apo RK tajuk tunjuk kaya. Black humble I jumpa luar elok jurrr u. Lainlah u sanggup buang cincin berlian pas putus cinta. Itu baru kaya. Kalau u biasa biasa.Baik jual noks!
terbaik la black..bgus dia ni..