fbpx

Kereta Dipandu Pekerja Kemalangan, Black Rugi RM8,000

Perkongsian Black Hanifah di Instagram menjadi perhatian ramai apabila penyanyi itu memuat naik video sebuah kereta terlibat dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, Black memaklumkan pekerjanya yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Menurut Black, kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipandu pekerjanya itu dikatakan telah terbabas dan kemudian melanggar pembahagi jalan selepas tayar kanan sebelah hadapan pecah.

BACA: Black Hanifah Dikecam Gara-Gara Terima Bantuan?

Difahamkan, Black yang berada di Pulau Pinang sejak Rabu lalu terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas mengetahui tentang berita tersebut.

https://www.instagram.com/p/CBVVXBWlRCh/?utm_source=ig_embed

“Kejadian itu berlaku selepas pekerja saya menggunakan kenderaan terbabit untuk membeli barangan kelengkapan pejabat.

“Tiba-tiba tayar kanan bahagian hadapan pecah dan hentam pembahagi jalan. Mujur tiada apa-apa dan tak teruk pun. Cuma ada body kit bahagian hadapan, sport rim yang baru ditukar rosak dan perlu dibaiki,” katanya kepada Astro Gempak.

Kos baik pulih kenderaan tersebut mencecah hampir RM8,000, namun Black bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Dalam pada itu, Black menyangkal dakwaan punca kemalangan disebabkan tayar kenderaan sudah lama tidak diselenggara.

“Benda dah nak jadi, saya reda sahaja. Selepas dimaklumkan saya terus bergegas balik ke Kuala Lumpur kerana kenderaan itu saya selalu guna untuk bawa motosikal cross.

“Ramai nampak tayar kereta itu sudah haus tapi ia masih boleh dipakai lagi.

Memandangkan saya baru keluar dari hutan menggunakan kenderaan itu, tayar pun nampak seperti warna tanah dan botak. Tapi tak pun,” tambahnya.