fbpx

Senarai carian paling popular di Google sepanjang 2013 telah dikeluarkan dan kami berminat untuk paparkan beberapa kata kunci yang mempunyai kaitan dengan dunia hiburan — lebih lebih lagi ini memberikan gambar apakah yang peminat cari & mahu lihat sepajang tahun lalu.

Dari senarai yang dikeluarkan kita semua dapat melihat yang drama bersiri popular di TV3, Setia Hujung Nyawa muncul sebagai kata kunci paling popular untuk Malaysian TV Series selain muncul popular dalam Trending Searches sepanjang 2013.

Pelakon juga anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam pula menjadi selebriti paling dicari dan menduduki tangga teratas senarai Trending Malaysian Celebrities diikuti oleh Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Nelydia Senrose dan Ashraf Muslim.

Filem kontroversi, KL Gangster 2 berjaya menduduki takhta teratas senarai Trending Malaysian Movies mungkin kerana ramai mencari pautan untuk memuat turun filem ini secara tidak sah atau sekadar mahu tahu apa cerita disebalik kebocoran awal filem itu. Heh.

Sedikit menyedihkan buat industri muzik tempatan apabila lagu Indonesia dan luar negara lain mendominasi senarai Trending Songs yang mana hanya satu lagu tempatan berada dalam senarai iaitu Hanya Aku oleh Hyper Act.

Berikut merupakan senarai penuh untuk rujukan anda dan anda boleh ke laman rasmi Google Zeitgiest 2013 untuk maklumat lanjut. Search on!

Trending Searches
1. Lahad Datu
2. SKMM
3. Keputusan PRU13
4. Setia Hujung Nyawa
5. Gwiyomi
6. Teduhan Kasih
7. Malindo Air
8. WeChat
9. The Conjuring
10. Cinta Jannah

Trending Malaysian Celebrities
1. Izzue Islam
2. Emma Maembong
3. Sharifah Sakinah
4. Nelydia Senrose
5. Ashraf Muslim
6. Fizz Fairuz
7. Afiq Muiz
8. Adi Putra
9. Fiza Elite
10. Amar Asyraf

Malaysian TV Series
1. Setia Hujung Nyawa
2. Teduhan Kasih
3. Cinta Jannah
4. Adam dan Hawa
5. Sehangat Asmara
6. Kampung Girl
7. Cinta Jangan Pergi
8. Sedetik Cinta
9. Asmara Luna
10. Dahlia

Trending Malaysian Movies
1. KL Gangster 2
2. Highland Tower
3. Psiko Pencuri Hati
4. Vikingdom
5. Juvana
6. Bikers Kental
7. Adnan Sempit 3
8. KL Zombie
9. Langgar
10. Gangster Celop

Trending Movies
1. The Conjuring
2. Despicable Me 2
3. Pacific Rim
4. Man of Steel
5. KL Gangster 2
6. Iron Man 3
7. Insidious 2
8. Highland Tower
9. Singam 2
10. After Earth

Trending Songs
1. Gwiyomi
2. Harlem Shake
3. Gangnam Style
4. Putih Putih Melati
5. Sandiwara Cinta
6. Gentleman
7. Wrecking Ball
8. Aku Yang Dulu
9. Banana Song
10. Hanya Aku