“Kita Rasa Solat Ni Beban Sebab Selalu Tangguh” 

Pelakon Syatilla Melvin berkongsikan pandangannya berkenaan situasi dimana kita merasakan solat itu sebagai satu beban.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syatilla berkata  sikap menangguhkan solat sebenarnya penyebab ramai beranggapan ibadah tersebut sukar untuk dilakukan.

BACA: “Dia Silap, Bonding Kami Terlalu Kuat” – Syatilla Melvin, Adik Beradik Tak Akan Berdiam Isu Syida

Syatilla turut berkongsikan pengalaman ketika berada di Tanah Suci dimana setiap solat fardu akan dilakukan di awal waktu dan tidak merasakan ianya sebagai beban,

“Sebenarnya kan, kita rasa solat ni beban atau susah kadang-kadang sebab kita selalu tangguh.

“Hampa kalau pergi Mekah Madinah, rasa waktu panjang sangat-sangat dan sikit pun rasa solat itu beban sebab kita buat on time. Memang kerja kita tunggu masa nak solat saja hari-hari. Setuju ke tak?” tulisnya.

×