fbpx

“Kita Ni Tak Boleh Ikutkan Perasaan Syaitan”

Penyanyi Ning Baizura tampil menjelaskan mengenai situasi sebenar dimana pertanyaan ‘who’s that’ itu tidak ditujukan kepada Rafah dan ia telah disalah anggap oleh netizen.

Ning turut menasihati orang ramai agar menonton semula sesi siaran langsung berkenaan dan dia tidak mempersendakan situasi yang berlaku.

BACA: Ning Baizura Perjelas Isu Tanya ‘Siapa’ Rafah

Sementara itu, menerusi perkongsian terbaru, Ning meminta kepada netizen yang tidak suka agar berhenti daripada mengikuti akaun media sosialnya.

Katanya lagi, kata-kata kesat dan mengaibkan bukanlah ajaran agama yang sebenar. Ning berkata lagi, lebih banyak kejian, lebih banyak pahala buat dirinya.

Tambah Ning lagi, dia turut meminta netizen cermin diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan terhadapnya.

“Jangan buang masa nak mengutuk. Nak berbalah di sini. Allah Maha Kuasa! Maha Pengampun! Kita ni tak boleh ikutkan perasaan syaitan. Sabar ya,” katanya.