Sejak semalam hangat diperkatakan apabila bekas pengurus peribadi pelakon Mak Wan Latah membuat beberapa pendedahan yang mengjutkan ramai.
Menerusi video dikongsikan bekas pengurus peribadinya di aplikasi TikTok, memaparkan tindakan pelakon itu didakwa mencurigakan yang dianggap syirik.
BACA: Bekas Pengurus Peribadi Dedah Sikap Sebenar Mak Wan Latah?
Bukan itu saja, bekas pengurus peribadi dikenali sebagai Amell itu turut membuat laporan polis selepas mempunyai bukti pelakon itu mengambil duitnya.
@makwanlatahofficial Syafakallah buat diriku aminn ..kita ni pendosa cukup cukup lah ..kita perbaiki diri kita untuk kita sampai kesana..risau nanti disoal mara buka tak tahu nak jawab.. #fitnahakhirzaman
Sedang hangat diperkatakan mengenai kisahnya itu, Mak Wan dilihat ada memuat naik video di aplikasi TikTok menutupkan pesanan bahawa kita ini pendosa dan perbaikilah diri untuk ke sana.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Mak Wan hanya bertahan tiga bulan sahaja selepas bekas suaminya menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam buat dirinya.