Bekas Pengurus Peribadi Dedah Sikap Sebenar Mak Wan Latah?
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila individu mendakwa dirinya bekas pengurus peribadi Mak Wan Latah memuat naik video di aplikasi TikTok miliknya.
Menerusi video dikongsikan, bekas pengurus peribadi dikenali sebagai Amell itu mendakwa akan membongkar siapa sebenarnya pelakon itu sebenarnya.
BACA: Mak Wan Latah Berjoget Sambil Karaoke Dikecam, Netizen Dakwa Jadi Punca Bercerai
Sementara itu, memetik mStar Online, Amell berkata dia sudah lama menyimpan rahsia tentang pelakon itu namun mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.
@official_amell77 Balas kepada @miszoktober xduduk tempat aku then xkene ape aku dh terkena , better tutup mulut tu ?? #pelakonveteranmelayu #makwanlatah #playvictim?
Bagaimanapun, Amell berkata dia mendedahkan video berkenaan kerana mendakwa turut menjadi mangsa perbuatan pelakon tersebut.
“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.
“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.
“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” katanya.
Menyangkal dakwaan tersebut, Amell membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan mempunyai bukti pelakon itulah sebenarnya yang mengambil duitnya.
Amell turut memberitahu dia akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang berkenaan kehilangan barang kemas miliknya pula.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Mak Wan hanya bertahan tiga bulan sahaja selepas bekas suaminya menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam.
- SUMBER
- mStar Online
ya Allah takutnye…jelas dah tu ayat dia sebut seru2 semua mcm berbicara dgn jin…taubatlaa…serius takut..ni mmg bukti kukuhla mmg dia ni ada amal ilmu syirik.sedgnyee.buangla tudung tu terus
Alamak takut lak aku tgk mak.wan latah ni skg..macam2 hal keluar pasal dia skg..kalau x kawin dgn tok husin aritu, sorang x amik tau pasal dia
Alaaa kan entah mak wan tgh berlatih skrip drama tuh.
Tapi seram juga ada PA yg mcm amel ni..habis dia cite or buat cite.
Kalau betul la makwan buat kurafat, pangai makcik gengster mulot laser (cam nenek restoran melaka tu) , ubahlah sebelum terlambat.
dah anggap mak wan sbg ibu sendiri, tutuplah aib dia. jgnlh sebar2 macam ni.
Dosa besar tau buka aib org..
Tukang buka aib pun sama 2×5. kalau dia amalkan syirik, mmg dia berdosa. yang buka aib, ko pun sama buat dosa.
Apsal baru skrng nak heboh bagitahu orng? sbb nama dia dah busuk, lepas ex-suami dia ceraikan dia?? jadi ko saja tambah simbah minyak dalam api, sbb ko ada bukti n tak takut orng pada kritikan org kn??. klu btul ko anggap dia sebgi mak, cara trbaik ialah ko berenti and jauhkan dri dari dia. Fullstop. bukan tambh lagi minyak pd api yang membara.
Bukan dia caci, aibkan ko kt media soc. apsal ko plak rasa btul nak hebohkn aib dia pada media soc?? aku x phm orng skng, semua bnda, aib n kessalahan orang laju aje up kt media.
TENTU ada yg tak elok. Soalnya, sikit atau banyak (Rasa banyak).
Kalau tidak, takkan bekas suami ceraikan. Sebab tak tahanlah dengan Mak Wan ni.
Dah tua bangka, tapi perangai tak mau baiki.
Kalau suami ceraikan tu maksudnya suami tu baik ke? Masalah rumah tangga org apabila bercerai tu orang luar tak boleh tlg justify.. mcm2 alasan boleh jadi.. tak semestinya kadang mana2 belah pihak yang jahat, boleh jadi tak serasi dan tak sependapat..
Yang kes mak wan ni, bukan dia sorang je yang memakai benda ni.. mmg banyak artis, pengusaha restoran, even rakyat marhaen biasa yang buat benda ni..
Yang salah nya PA dia ni, sebarkan satu malaysia.. tau la sakit hati tapi tak perlu sebar di social media, kang kena saman dengan mak wan sebab fitnah, ko juga meroyan..
Benda halus ko Nak buktikan macam mana.. yang bukti jelas ko fitnah mak wan..
Mak Wan Latah pernah ada pengurus peribadi? Mcm kat Hollywood je..
Aku drpd dlu lg msa mula2 dgr berita dia bercerai, aku tak Sokong cara dia berckp. Acah terpaling victim. Mst ada sbb knpa kne cerai. Lagi2 artis..bila kwin dgn org biasa mst ada yg serba tak kene. Kesian bks suami family dia kne Kutuk dgn netijen
HAI MAMBANG LATAH… KAU MAIN JAMPI2 MAMBANG…
PATUTLAH AURAAAA NYER NAMPAK SESUATUUUUU
PULANGGGGGKANNNNN…
PULANGGGGGKAN….
CEKOR CEKOR AHHH
CEKOR CEKOR EEEEHH
DAH MAKIN AKHIR ZAMAN MASIH ADA LAGI YA YG MAIN JAMPI SERAPAHHHHH JIN …