fbpx

“Kita Diuji Sebab Allah Sayang” – Norman Hakim

Pelakon Norman Hakim berkata dia bersyukur dengan segala aturan yang ditetapkan Allah ke atas dirinya dan keluarga meskipun berdepan pelbagai ujian.

Memetik Astro Gempak, Norman berkata setiap apa yang berlaku dalam kehidupan adalah diluar kawalan seseorang.

BACA: Abby Abadi Tak Tahu Marissa Bersalin Bayi Pra Matang, Belum Ada Khabar Berita

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan aturan Allah bagi pada saya dan keluarga. Sekiranya kita anggap ia musibah dan ia akan terjadi musibah. Pada saya ia ibarat pusingan kehidupan yang perlu kita lalui,” katanya.

Sementara itu, Norman berkata setiap daripada kita perlu kekal positif dan yakin dengan apa yang dilalui dalam kehdiupan dan dia sering mengatakan pada dirinya kita diuji kerana Allah sayang.

“Ada kata-kata mengatakan kalau kita diuji adalah sebab Allah saya. Saya selalu kata begitu pada diri saya. Pada saya, kita yakin setiap apa yang kita lalui dalam kehidupan adalah dalam kawalan kita,” katanya.

Terdahulu, Marissa yang sedang hamil enam bulan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut. Bagaimanapun, bayi sulung Marissa dan Aslam dilaporkan meninggal dunia ketika dilahirkan.

SUMBER: Astro Gempak