fbpx

Kisah Di Sebalik Kejadian Pelakon Bara Jiwa Terbakar Di Lokasi Filem

Pengarah filem Bara Jiwa, Osman Ali hari ini tampil melalui mStar Online menafikan yang seorang pelakon filem tersebut mati terbakar ketika pengambaran di’jalankan.

Ya. Pelakon pembantu yang di’maksudkan itu masih hidup namun kisah yang di’sampaikan tentang kejadian itu kepada media oleh Osman Ali tidak tepat.

Bukti’nya, gambar yang di’kirim oleh Diana Danielle hari ini menunjukkan pelakon tersebut, Rafie Hussein di’kunjungi rakan artis selepas mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Lebih menarik, kami mempunyai kisah sebenar di’sebalik kejadian Rafie Hussein terbakar satu badan ini yang di’sampaikan oleh individu yang berada di tempat kejadian.

Siapa individu tersebut, biar kami rahsiakan demi menjaga nama & identiti beliau, apa yang penting fakta dan kebenaran di’sebalik kejadian malang ini.

Menurut sumber ini, insiden yang melibatkan Rafie Hussein ini bukan sekadar tempias api, tetapi letupan yang kuat dan bukan sesuatu yang normal untuk di’abaikan.

Sumber kami juga turut menyatakan yang salah seorang pelakon utama filem Bara Jiwa turut hampir menerima nasib yang sama.

Sebab utama kejadian letupan malang ini adalah cara krew setup peralatan khas dengan tidak cermat untuk aksi letupan tersebut & juga pembantu pengarah yang memerikan que terlalu awal untuk pelakon.

Sumber turut kecewa dengan sikap pengarah & penolong pengarah yang sentiasa mahukan pelakon & krew fokus namun membuat kesilapan yang membahayakan sebegitu rupa.