fbpx

Kini Bertudung Penuh, Aprena Manrose Mohon Doa Peminat

Alhamdulillah, satu demi satu selebriti wanita berhijrah ke arah lebih baik apabila membuat keputusan untuk berhijab termasuk, pelakon Aprena Manrose.

Sering tampil berhijab sebelum ini, perkongsian terbaru Aprena menjadi perhatian ramai apabila seolah mengesahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya.

BACA: Aprena Manrose Jalani Rawatan Kesuburan, Sedang Belajar Berhijab

Menerusi entri tersebut, Aprena meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi serta berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan dirinya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang turut tumpang gembira dengan penghijrahannya itu serta mendoakan akan terus istiqamah.

Beberapa hari lalu, pelakon Izara Aishah, Siti Elizad, pelawak Vicha Saywho dan Nana Mahazan membuat keputusan untuk berhijrah apabila tampil berhijab.