fbpx

Kingdom Tower: Pencakar Langit Baru Di Arab Saudi, Setinggi 1000 Meter

Nampaknya, pencakar langit kini berluma lumba di’bangunkan di Semenanjung Arab dan selepas Dubai, kini Jeddah menjadi destinasi pencakar langit mega.

Kingdom Holding Co, firma pelaburan yang di’ketuai oleh Putera Alwaleed bin Talal, telah menandatangani perjanjian bersama Saudi Binladen Group untuk membina Kingdom Tower di Jeddah.

Kingdom Tower ini akan menjangkau ketinggian Burj Khalifa, Dubai yang sebelum ini menjadi bangunan tertinggi dunia dan merupakan bangunan pertama dengan ukuran kilometer, yeah, 1KM.

Projek Kingdom Tower bernilai US$1 billion ini merupakan sebahagian dari pembangunan Kingdom City yang bakal menelan belanja US$20 billion untuk kawasan elit seluas 2 batu per segi.

KLCC? Dengan ketinggian 452 meter setiap satu menara, secara rasmi kita sudah kalah beberapa meter dengan Kingdom Tower. Masa untuk korek duit rakyat untuk bangunan baru. Ayuh!