fbpx

King Coco Sahkan Sudah Lama Bercerai

Lama tak dengar cerita mengenai Instafamous ini, terbaru King Coco mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor.

Tampil mendedahkan mengenai perkara itu di Instagram, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail bagaimanapun enggan berkongsi lanjut mengenai tarikh mereka bercerai.

BACA: King Coco Cuba Bertudung Di Bulan Ramadan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1)

“Saya dah lama dah (berpisah), no longer married. Saya pun dah lama habis edah, sekarang menjalani kehidupan sendiri tanpa teman lelaki atau suami,” katanya.

Dalam pada itu, Coco berkata sebolahnya dia tidak mahu berkongsi mengenai hal peribadi kepada umum namun terpaksa berbuat demikian atas sebab tertentu.

“Saya tak mahu bercakap soal peribadi dah tapi nampaknya saya kena buat juga. Ada orang-orang yang telah diganggu. Jadi saya kena jelaskan sekali lagi,” katanya,

King Coco mendirikan rumah tangga dengan bekas juruterbang itu pada 1 Januari 2017. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki.