fbpx

King Coco Cuba Bertudung Di Bulan Ramadan

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ramai selebriti akan mengenakan tudung sebagai menghormati bulan mulia itu serta untuk mempertingkan ibadah disamping memperbaiki diri menjadi Muslim yang lebih baik.

Nampaknya, King Coco juga tidak ketinggalan apabila dilihat memuat naik gambarnya mengenakan tudung dan berpakaian menutup aurat sejak kebelakangan ini. Ramai yang membuat spekulasi Instafamous itu sudah mula berhijrah.

BACA: Diana Danielle Persoal Kelayakan King Coco Dilantik Ketua Srikandi

Bagaimanapun, King Coco menjelaskan bahawa dia belum lagi bertudung sepenuhnya seperti yang disangka netizen. Katanya lagi, dia masih lagi dalam percubaan untuk bertudung dan meminta mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Jangan salah faham. Saya masih belum bertudung sepenuhnya. Insya-Allah saya sedang bertatih. Insya-Allah doa yang baik-baik ya. Dikesempatan bulan puasa ini kita cuba-cuba dulu. Insya-Allah doa yang baik,” katanya.

Terdahulu, King Coco menjadi bualan ramai apabila mengakui mempunyai banyak darah campuran keturunan. Coco juga sudah mendirikan rumah tangga pada 2017 ketika berusia 19 tahun dan kini mempunyai seorang anak lelaki.

Baru-baru ini, King Coco mula menceburi dunia politik selepas memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai, Perak.