fbpx

Kimberley Leggett in NewMan MagazineSiapakah Kimberley Leggett anda tanya? Ini merupakan masalah Miss Malaysia sejak tahun tahun kebelakangan ini, si pemegang takhta seakan kurang di’kenali.

Kimberley Leggett merupakan pemegang gelaran Miss Universe Malaysia 2012 melalui sebuah rancangan realiti televisyen yang di’siarkan sekitar hujung tahun 2011 yang lalu.

Untuk Februari 2012, Kimberley Leggett telah terpilih untuk menjadi penghias muka hadapan majalah lelaki, NewMan & beliau memberikan gambaran tentang aktiviti semasa beliau ketika ini, kisah semasa zaman kecil dan juga cita cita beliau untuk berjaya dalam apa bidang sekali pun.

Menurut gadis berusia 18 tahun yang mengakui diri’nya seorang yang bersifat tomboy ketika kecil, cita cita beliau sejak dahulu lagi adalah untuk berjaya — tidak kira apa bidang sekali pun — dan ketika ini sedang membayangkan diri beliau sebagai seorang CEO sebuah syarikat besar.

Kisah lanjut? Dapatkan naskah NewMan edisi Februari 2012 anda di’pasaran sekarang sebelum kehabisan di’sorok mamak kedai buku. Heh. Hanya RM9.00.