fbpx

Kim Kardashian & Kris Humphries Sah Suami Isteri Dalam Majlis Rahsia

Majalah People pagi ini mengesahkan yang pasangan sensasi Hollywood ini sudah pun berkahwin.

Kim Kardashian & Kris Humphries melangsungkan perkahwinan mereka lewat petang tadi (pagi ini waktu Malaysia) & ia’nya eksklusif.

Kim Kardashian yang merupakan bintang realiti TV dan sang lelaki pemain sukan bola keranjang ini melafazkan sumpah setia perkahwinan mereka di sebuah rumah agam mewah di Montecito, California.

Majlis rahsia & penuh eksklusif itu hanya di’hadiri 440 tetamu undangan khas yang terdiri dari keluarga & rakan terdekat.

Kim Kardashian mengenakan persalinan pengantin rekaan Vera Wang manakala si jejaka memakai persalinan segak dari Ermenegildo Zegna.

Tahniah buat pasangan sensasi ini & gambar perkahwinan mereka masih belum mana mana media terima. Namun majlis perkahwinan mereka akan ke’udara secara eksklusif di televisyen Oktober ini.