fbpx

Kila Fairy: Saya Ada Hak Lakukan Apa Sahaja Demi Kecantikan Diri

Hari ini agak sibuk dengan tugasan luar, termasuk buat lawatan kawasan untuk pejabat rasmi kami. Wait for it.

Sementara menunggu majlis seterusnya, kami sempat membaca kenyataan terbaru pelakon yang penuh dengan kontroversi bibir, Kila Fairy.

Seperti biasa, persoalan peminat & mereka yang ingin tahu keaslian bibir mungil gadis ini di’jawab penuh jujur dengan menafikan beliau menyuntik apa apa.

Berkata kepada Utusan Malaysia hari ini, Kila Fairy menegaskan yang beliau tidak menyuntik botox untuk mencantikkan bibir beliau seperti mana yang di’dakwa sesetengah pihak.

“Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.”

Menurut Kila Fairy juga, beliau percaya seseorang itu mempunyai hak untuk berbuat apa sahaja demi kecantikan lebih lebih lagi jika sudah berusia 50 tahun.

Namun untuk Kila Fairy, semua itu tidak perlu ketika ini kerana beliau baru berusia 19 tahun dan beliau ingin menikmati semuanya dalam keadaan cantik yang asal.