Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai hubungan pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley menjadi bualan di media sosial.
Difahamkan, Khazrul kini berada di Thailand bercuti bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Julia Sharapova.
BACA: “Kau Kata Bekas Isteri Aku Seksi, Cuba Google Tengok Gambar Kau Sendiri” – Khazrul
Sementara itu, menerusi TikTok, Khazrul juga sempat membuat live di media sosialnya dan menjawab beberapa soalan dari netizen.
https://www.tiktok.com/@imyoursbestie/video/7200255271275400475
Apa yang menjadi perhatian, Khazrul mengakui Zarina atau lebih mesra disapa Anju seorang wanita yang baik. Ujarnya lagi, hanya ada dua nama perempuan yang ada di hatinya iaitu bekas tunangnya itu serta anaknya, Pova.
Khazrul memberitahu sepatutnya dia berjumpa dengan bapa Anju pada 17 Februari ini namun ada rintangan tidak dapat dielakkan.
Dalam pada itu, Khazrul berkata dia menyerahkan segala ketentuan kepada Allah dan memilih untuk muhasabah serta fokus untuk perbaiki diri sendiri.
Sementara itu, rata-rata netizen berharap hubungan pasangan itu berakhir ke jinjang pelamin serta mengatakan apa yang berlaku antara mereka mungkin dugaan bertunang.