fbpx

Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie meminta bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey supaya berhenti menggunakan dirinya sebagai konten di media sosial.

Menerusi sesi Live itu, Zarina berkata itu adalah kali terakhir dia menyebut nama bekas tunangnya serta mahu Khazrul meminta maaf kepada kedua ibu bapanya.

BACA: “Kalau You Nak Aibkan I Silakan” – Khazrul Sikit Pun Tak Takut Dengan Zarina Anjoulie

Terbaru, seorang pengguna memuat naik semula video di aplikasi TikTok memaparkan Khazrul meluahkan perasaannya dengan tindakan bekas tunangnya yang membuka ‘cerita dalam kain’ mengenai dirinya serta menegaskan dia tidak memerlukan publisiti murahan.

@afieragoes

Tak habis lagi lah ?? #zarinaanjoulie

? original sound – Afierariana Agoes – smol baby care

Khazrul turut mengulas mengenai isu bekas isterinya yang dikatakan berpenampilan seksi serta meminta Zarina supaya turut ‘google’ gambarnya sendiri juga.

“Aku tak perlukan publisiti murahan ye. Kau tolong sabar sikit perkara ini orang cucuk kau. Kau sendiri yang mengadu kat netizen. Gunakan akal lah. Tak payah nak cerita pada dalam kain pada umum.

“Kau kata bekas isteri aku seksi, seksi ke babe? Okay tak mengapa seksi. Cuba kau tengok diri kau sendiri, cuba google tengok gambar kau sendiri. Kat situ pun ku tahu macam mana,” katanya.

Menurut Khazrul lagi, dia turut meminta Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu bertenang. Malah, dia sudah cuba menghubungi Anju namun tidak dijawab serta meminta supaya menjaga maruah sendiri. 

“Cuba lah kau rileks, bertenang. Aku dah mesej, telefon tapi kau tak balas, tak jawab. Aku rasa tak dihargai jadi aku diam lah. Tapi kau sebok membebel suruh jumpa keluarga.

“Dengan keadaan kau macam ini macam mana aku nak jumpa, macam mana kita nak bimcang. Alu sendiri dah minta izin dengan daddy nak jumpa kau, minta aturkan. Kau boleh sabar tak?

“Kau jangan lah buat video-video meroyan macam ini, tolong lah jaga maruah sendiri, jaga maruah diri aku. Aku belum kahwin dengan kau, baru je tunang,” katanya.

Terdahulu, Khazrul berkata dia turut mempersilakan Zarina jika mahu membuka aib dirinya serta menegaskan dia tidak takut dengan ugutan bekas tunangnya itu.