fbpx

Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Hiasi Muka Hadapan NONA Terbaru

“Inilah jodoh kami,” ujar Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha melalui majalah NONA edisi terbaru yang bakal berada di’pasaran tidak lama lagi.

Jika semalam peminat masih berteka teki tentang penghujung hubungan antara mereka berdua, hari ini khabar angin majlis perkahwinan mereka Disember ini memang sahih belaka.

Lebih menarik, majalah Nona menjadi antara yang pertama mendapatkan hak eksklusif kisah percintaan dan perkahwinan mereka — dan kami rasa seperti tinggal di Hollywood.

Sementara itu, bapa Khairul Fahmi telah mengesahkan berita gembira ini tetapi berkata yang tarikh sebenar masih belum di’tetapkan antara 28 Disember sehingga Januari 2013.

“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas dia pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelas Che Mat Hussain kepada Kosmo!