fbpx

Khai Bahar Tak Suka Peminat ‘Kenen-Kenenkan’ Dengan Penyanyi Duet

Penyanyi Khai Bahar mengakui kurang selesa apabila ada peminat mengkenen-kenenkannya dengan penyanyi wanita yang berduet dengannya supaya betul-betul bercinta.

Khai berkata perasaan cinta tidak boleh dipaksa-paksa dan gandinganya dengan penyanyi wanita hanya atas dasar kerja sahaja apatah lagi dia belum memikirkan soal cinta buat masa ini.

BACA: Khai Bahar Tak Nak Beli Kereta, Lebih Selesa Naik LRT

“Saya sebenarnya kurang selesa apabila ada segelintir peminat yang suka kaitkan atau cuba ‘kenen-kenen’ saya untuk jatuh cinta betul-betul dengan rakan duet wanita seperti Aina. Di antara kami, selesa profesional dalam bekerja.

“Lagipun, buat masa ini saya memang tidak terfikir langsung dan belum fikir nak bercinta atau menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana wanita kerana ingin fokus membahagiakan ibu bapa saya di kampung.

“Saya mahu berbakti dulu kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Apatah lagi, ibu bapa saya dah semakin berusia dan mereka juga sekarang kurang sihat. Jadi, saya mahu mengutamakan mereka dulu sebelum memikirkan soal cinta, kahwin dan pasangan hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Khai berkata jika sampai jodohnya pasti tidak ke mana. Namun, buat masa ini dia mahu mencari rezeki serta fokus utamanya adalah ibu bapa dan keluarga.