Khai Bahar Tak Nak Beli Kereta, Lebih Selesa Naik LRT
Siapa sangka, penyanyi Khai Bahar rupanya tidak mempunyai kereta dan lebih selesa menggunakan pengangkutan awam jika mahu kemana-mana.
Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, dia merasakan tiada keperluan untuk dia membeli kereta dan tidak kisah menaiki transit aliran ringan (LRT) jika mahu kemana-mana.
BACA: Bergambar Bersama, Netizen Puji Nabila Razali & Khai Bahar Sepadan
“Saya tidak melihat ada keperluan pun membeli kereta baharu kerana tidak kisah menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) untuk ke mana-mana.
“Malah, peminat pun memang tahu saya sering menaiki LRT. Ada saya kongsikan video dalam Instagram peminat. Saya tak ada kemahuan nak beli kereta sebab tak tahu untuk apa atau mahu pergi ke mana,” katanya.
Kata Khai lagi, jika ada urusan kerja penting dia akan dijemput oleh pengurusnya atau lebih selesa menggunakan khidmat e-hailing. Jika ingin pulang ke kampung pula dia akan menaiki perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) kerana lebih menyenangkan daripada kapal terbang.
“Perjalanan ke Perlis ambil masa sekurang-kurang lima jam untuk sampai. Saya dah biasa balik ke kampung naik kereta api. Saya seorang yang mudah. Misalnya, bagi saya naik kereta api lagi senang daripada penerbangan.
“Nak ke lapangan terbang dah makan masa, sampai di sana kena tunggu lagi, sudahnya sama saja. Tetap lima jam juga tempoh perjalanan yang ditempuh,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Brilliant on x payah beli kereta, selagi bujang. Simpan je duit. Byk btl komitmen klu dah beli kereta. Setakat gerak sana sini esp kat lembah klang, senang sgt sbb these days ada byk pilihan pengankutan awam. Ada motor saja dah cukup. Lainla klu dah ada isteri dan anak nnt, br munasabah berkereta. Bujang = pemgankutan awam.good choice.lgpun pakai pemgamkutan awam memerlukan extra menapak. Exercise utk elakkan gemuk
Jadah apa gossip retis x nk beli keta??? Ni bkn gossip laa bengong. Ni sendurian namanya..
AKU SUKA GOSSIP NI. BAGUS SBB PEMIKIRAN DIA LAIN DRPD LAIN. KLU IKUTKAN DIA NI MMPU JUGA. GILA TAK KAYO .. LAGU APA YG DIA NYNYI BILA MSUK AJL JE MST MNG. YG BERDUET DGN DIA MMG BERUNTUNG NAU. TKPE KHAI, CHILL JE JGN MCM ARTIS LAIN. SIBUK BLI KRETA BESA2..YG PNTG BLI RUMH DLU TAU, TAU.
alasan je ni..mne de lelaki x ske kn kereta…
ni mungkin sbb dia ade trauma bwk kereta…hahaha
memandai je aku ni…
tp ok la dia ni seorg yg penyabar dan penjimat…
Humble seadanye walaupon bergelar artis. Xyah nak gah pompang2 beli rumah, beli kete posting saner sini mcm kebanyakan manusia skrg..harta pinjaman allah kat dunia. Bersyukur bukan utk bermegah dgn content..yg sebenarnyer niat menunjok..Aku mampu, ko hado?
Yes kita di lembah klang pengangkutan awam mmg tip top.
Beli rumah kat Elmina City kan?
Khabarnya dekat Rm3 juta harga rumah.
LOL. Ikot la nasihat si miskin atas nun yang chuma pandai baca RK sambil bawa motor dan acah exercise tapi badan berlapis lapis LEMAK. Koh Koh Koh Koh. Kampong memang tak tahu spot parking cepat senang dapat dalam bandar. Terpaksa ikot lifestyle kampong. Ye idok? Koh Koh Koh koh