fbpx

Kongsi Video Pegang Perut, Nora Danish Hamil Anak Ketiga?

Baru-baru ini, pelakon cantik manis, Nora Danish ada memuat naik video menerusi Instagram miliknya. Bagaimanapun, video tersebut telah disalah anggap oleh netizen.

Dalam video itu, Nora yang memakai dress hijau dilihat sedang merakam dirinya di hadapan cermin sambil memegang perut.

BACA: Suami Nora Danish Akui Pernah Tolak Gelaran Datuk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Tindakan Nora itu sekaligus mencetuskan spekulasi di kalangann netizen yang menganggap ibu kepada dua cahaya mata itu sedang hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, segala komen dan pertanyaan netizen itu tidak mendapat jawapan balas daripada Nora yang tertanya-tanya mengenai perkara itu.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri Aziz pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan Mohamed Neqayl kini berusia tiga tahun.

Nora juga memiliki cahaya mata sulung Putra Rayqal Ramli hasil perkahwinan pertama dengan bekas suami, Rizal Ashram.