fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila tular mengenai pendedahan didakwa daripada isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

Meskipun kecoh tentang pelakon itu didakwa berlaku curang, namun Hafidz dilihat tetap tenang membuat siaran langsung di TikTok malam tadi.

BACA: “Nak Gambar Sayang” – Tular Mesej Mesra Didakwa Dari Hafidz Roshdi?

https://www.tiktok.com/@hannana70/video/7200728602239847706

Sesi live tersebut menarik lebih 10,000 penonton yang tertanya-tanya mengenai kesahihan dakwaan itu. Bagaimanapun, Hafidz tidak memberikan kenyataan mengenai perkara itu.

Sementara itu, seorang pengguan TikTik dilihat memuat naik semula klip ketika sesi live berkenaan serta mendakwa kontroversi itu mungkin sekadar ‘prank.

https://www.tiktok.com/@hannana70/video/7200745685170326811

Malah, menerusi video dikongsikan kedengaran suara  wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri serta anak-anaknya yang sedang bermain.

Dalam video lain pula, ada netizen meminta untuk melihat isterinya ketika sesi live namun Hafidz menjawab tidak boleh kerana isterinya tidak bertudung ketika itu.

https://www.tiktok.com/@hannana70/video/7200728602239847706

Tidak kurang juga, pengguna TikTok berkenaan turut mendakwa isu tersebut hanya marketing semata-mata serta mengatakan Hafidz seorang lelaki yang setia. 

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan pelakon itu didakwa curang meskipun semalam isterinya meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.