fbpx

“Nak Gambar Sayang” – Tular Mesej Mesra Didakwa Dari Hafidz Roshdi?

Sejak semalam hangat diperkatakan di media sosial apabila tular mengenai pendedahan didakwa daripada isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menerusi perkongsian itu, Shuhada meluahkan rasa kecewa dengan sikap seorang wanita yang didakwa menjadi ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.

BACA: “Thank You Sebab Layan Dia..” – Isteri Dedah Hafidz Roshdi Curang?

Bagaimanapun, sejak malam tadi tular perkongsian di Instagram Jabatannetizennegara20, memaparkan mesej didakwa dari Hafidz dengan seorang wanita.

Dalam paparan mesej itu, wanita tersebut turut mengirimkan gambar kepada individu nombor telefonnya disimpan dengan nama ‘Hafidz’.

Diruangan komen, seperti sudah dijangka rata-rata netizen mempersoalkan ‘pilihan’ pelakon itu serta mengatakan isterinya jauh lebih cantik.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan biar rupa tidak cantik tetap mempunyai perangai elok dan tidak mengambil ‘hak’ orang lain.

 

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai kesahihan mesej tular itu. Malah, tiada penjelasan daripada pelakon itu berhubung kontroversi tersebut.

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai pelakon didakwa curang dengan isterinya, malah rata-rata netizen memetik nama pelakon Hafidz Roshdi.